Friday 19 October 2012

Alamak!!! stress nk dtg menjengah ker???


"Stresss,,ermmm...stress betol la" "stresssnye minggu nie" "arggghhh... Aku stresss" 
Hanya ucapan ini je yg didengari sejak akhir2 ni. Adakah minggu ini adalah minggu stress sedunia? Alamakkk!!! stress nk dtg menjengah ker??
Maybe kot, Tgh prktikal,kne bt thesis,kne cri tmpt intern, pastu plk kne bt apa lagi erk?? stress ngn kwn2 erm,semua kwn2 tgh berserabut termasuk ler hidayah..(^_^) (dlm2 berserabut2 kebizian melanda blh plk duk hapdet blog nie...hihihi)

Minggu depan, senarai nama penyelia thesis bakal keluar..... arghhhhh.... stresssnyerrr... tgh bt praktikal kne bt thesis lagiiii.... adoiiii...hehehe... tertanya2 la plak, sapa ye bakal jadi penyelia thesis utk hidayah?? erm.. kpd my sweet dolly future thesis supervisor, hehehe nice to see u around. hehehe...(hrp2 tajuk n proses nk bt thesis tu xde mslh la yer.. i wanna A+)

Ok..back to ours topic, Stress

Itu stress,ini stress, nk bt apa pn semua xjd sbbnya asyik duk ulang benda yang sama iaitu stress. So,apa kita nk bt kalau xnk stress??? it's time to learn something in our precious life. Sekiranya kita xhadapi tekanan yang ada ni dengan baik, maka ia akn memberikan kesan yang buruk keatas diri kita sendiri sama ada dari segi emosi,rohani dan jasmani. Dalam islam juga ada mengajar kita mcmne nk hadapi stress ni. Jom sama2 blja urus stress kita ------>
1. membaca Al Quran dengan mentadabbur maknanya
2. memperbanyakkan istighfar dan taubat
3. taqarrub iaitu mendekatkan diri kpd Allah s.w.t
4. banyakkan sedekah
5. bijak mengurus masa,tenaga,keutamaan dan disiplin diri
6. husnu dzan terhadap Allah s.w.t
7. tawakal
Ummi pernah ajar ttg mcmna nk ringankan tekanan,ujian atau musibah yang dirasakan berat dan xtertanggung oleh diri ini.
 1. Anggplah ujian yg dtg itu sbgai penghapus dosa2 kita
 2. Ingatkn diri mungkin dengan ujian yang Allah turunkan untuk kita itu, Allah nk angkat darjat kita.
 3. Ingatlah Allah itu sentiasa ada. (la tahzan innallah ha maana- jangan bersedih Allah itu sentiasa bersama kita)
 4. menyukuri nikmat yang kita dapat.
 5. Positifkan diri, ujian yg kita terima ni lebih kecil berbanding dengan ujian yang org lain terima. 
 6. Allah lebih menyayangi kita. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yg bermaksud,Barang siapa yang dikehendaki Allah baginya kebaikan,maka akan diberikan cubaan padanya." (Riwayat al- Bukhari)

::Tq to kak hikmah krna sudi dengar,bg nsihat & suggest me to read this book. Sekarang hidayah sedang menghabiskan bacaan ilmiah Rahmat disebalik Dugaan karangan Kasmuri Selamat Ma.

With Love,

Wednesday 17 October 2012

The Morals Story Utk Hari ini ( Makes Me thinksssssssss about it)

Ceritanya bermula....Jeng jeng jenggggg3xx...

Masuk je ofis tghr ni, tgk kwn2 semua dgn fail msg2. (^_^)  Fail yg sebelum ni putih bersih dan di anak tirikan oleh pelajar2 praktikal kini di kelek & di tatang.Hehehe. Yang xpernah menulis report hr ni sibuk menulis, Goooooodddd.

Hidayah : "eh,rajinnye kwn2 tulis report?" (bukan nk perlu atau tunjuk bagus). Kawan2 perempuan langsung x menoleh,malah lebih kusyuk menulis dan mengira. Memang hidayah pelik r dengan kelakuan mereka hari ini.
Soleh (bkn nme sbnr) menjawab, "ahha,puan dtg td waktu awk xde, puan nk check fail2 nie semua (xspecially log harian) waktu meeting kul 3 jap ag."
Hidayah: Apaaa, ade meeting??? xbgtau pn. Skrg dh pukul 12.25. Jap ag ade kuliah,kuliah habis pukul 2 ptg, pukul 2 jap g nk solat,nk mkn lagi...(mak nenek dh mule nebes n bebel) Huhuhu...(habislah kalau xsiap tulis report), Nasib baik td tergerak hati nak bawak fail2 nie kalau x,gerenti kne BAKOR lam meting jap g. Semua kwn pndg hidayah.Hehehehe...kamu semua xnk msuk kelas ke? kelas dh nk start dh nie.(ayarkkk,malunyer...hehehe)

pwwweeeeewiiitt....pwwwwweeeeewwwiittt... kwn tgk hp dia, ade msj masuk. 
Soleh (spt yg dinyatakan) : Eh, Ikram ( bkn nme sebenar) msj Dato' ASA dh msuk kelas r weii...report xsiap ag,kul 2 jap g sebelum meting nk kne jumpe puan dulu ni, puan nk tgk fail aku nie. alamakkkk...
Hidayah: eh, mcmne nie? kounk punyer log aktiviti pn xhbis kira ag nie. Banyak ag nie, mcmne ye?(padahal report hidayah pn lebih kurang dorg jer..) Ermm... bw je msuk lam kls, sambil2 blja tu tulis report ( pepandai je bg idea yg langsung xbernas n xbgus,jgn ikut yer kwn2 idea nie). Erm, hidayah masuk kelas dulu, report ni semua jap ag la ambik thu. skrg yg penting msuk kls n blja dlu.
Soleh (spt yg dinyatakan juga) : kOunk msuk r dulu,jap ag sy msuk yer.

Masa meeting, mmg semua kne leter habis2an. Hidayah duk meja depan Puan Penyelia. So,mmg kecut perut la hidayah. hohoho. Dh la sblm nie mmg suara hidayah ni susah nk kuar,time mcm ni mmg lagi susah r nk kuar (bkn ape,suara hidayah mmg btol2 slow.klu jerit sikit mmg sakit la tekak hidayah). Tambah2 plk Puan Penyelia tu ingat nme hidayah n kwn sebelah. Group kami duk depan skli mmg kne aim lebih la, tp xdela sampai WANTED. hehehe.

Dalam2 kne leter tu,sempat jugak hidayah ambik isi dlm leteran puan n apa yg berlaku hr ini.

Harap2 dapat la hidayah atau kawan2 semua ambil iktibar dr apa yg berlaku.

The Morals Of the StoRy hAri ini
1. Jangan tangguhkan kerja2 anda
2. Jangan banyak main,nk main boleh tp make sure kerjanya tip top
3. Jangan banyak cakap tapi kerja satu habuk pun xjadi
4. Jangan terlampau bergantung harap pada orang lain (igt semua info kne org inform dulu ker ?---> tuju kt diri sendiri)
5. Jangan menipu
6. Allah itu Maha mengetahui
7. Buat kerja anda seperti yang diamanahkan
8. Plan ur work,work ur plan (Jangan plan aje,perlu laksanakan)
Dh cari hadis yg berkaitan tp xjumpe la plk hr nie tp dl pencarian tu terjumpa picca nie,asenye kata2 tu mcm menarik jer. Just sharingggg... hEEEEE~~~~

Jangan lupa kerja itu satu ibadah umum. "jika ibadah asas (fardhu ain) umpama akar dan batang, ibadah sunat umpama dedaunnya, ibadah umum pula dedahan besar dan kecil pada pohon islam secara keseluruhanya."
Setakat itu jela dulu kot yg hidayah nk coretkan utk hari ini. 

With Love,

Friday 12 October 2012

Cerita Gerai Sate

Assalamualaikum... ukhuwah fillah abada abadan... (^_^). Hari ini hidayah nk kongsi sal sebuah gerai sate. Hidayah teringin sangat nk mkn sate ( bkn mengidam yer) sbb dh lame asenye xmkn sate. Nak dijadikan cerita beberapa hari lepas hidayah dan kawan2 pergi ke sebuah gerai yang menjual sate. Usai membeli kami semua singgah ke Dataran utk mkn. Tengah2 seronok duk bercerita dan bersembang. Hidayah terpandang satu kertas putih dalam plastik sate. "Eh, kertas apa plak ni dalam plastik nie?".kata hidayah. Kawan2 masih sibuk dengan hidangan yang ada tanpa menjawab soalan hidayah,tanpa banyak soal, hidayah ambil dan terus buka & baca.

Satu risalah ttg INDAHNYA ISLAM. 
Islam itu mudah. Tidak terlalu memudahkan dan tidak menyusahkan. Ada sesetengah orang suka menganggap Islam itu satu perkara yang berat dan mereka gagal dalam proses pengislahan diri sedangkan Islam itu sendiri ciri- cirinya Thabat wa Murunah ( tetap dan fleksibel). Contoh mudah solat itu wajib, tapi kalau tak mampu nak solat berdiri,boleh solat duduk,baring,mengiring, menggunakan isyarat mata, isyarat hati dan sebagainya. Maknanya solat itu hukumnya tetap wajib dan tak berubah kewajibanya keatas sesiapa pun tapi pelaksanaannya adalah fleksibel bergantung kepada kemampuan masing2.
Sekali lagi jangan menyusahkan Islam yang mudah itu. Boleh saja nak berhibur dalam Islam tapi ikutlah garis panduan yang mengikut syariat. Janganlah bercanggah dengan syariat Islam. Syariat Islam itu wajib kita ikuti sebagai orang Islam tak kira kita suka atau tidak. Sebab apa? Sebab kita ini hamba Allah dan kita kena ikut apa yang Allah suruh kita buat dan tinggal apa yang dilarang. Apa yang berlaku sekarang ini adalah manusia angkuh di hadapan Allah dengan melakukan maksiat diatas dunia Allah. Sedarlah kita Allah melihat apa yang kita lakukan di dunia ini.
Perkara yang dapat kita simpulkan di sini ialah Islam itu mudah dan hiburan dalam Islam itu tiada salahnya selagi mana kita Islam itu masih terpelihara dalam diri kita. tinggalkanlah amalan kita meninggalkan solat sebelum ke konsert. Tinggalkanlah amalan kita bercampur2 antara lelaki dengan perempuan ketika di konsert. Tinggalkanlah amalan kita taksub dengan konsert sampai terlompat2 lupakan Tuhan. Tinggalkan amalan2 tersebut dan ambillah jalan berhibur yang tidak bercanggah dengan Islam. Peliharalah agama Islam maka Allah akan pelihara kehidupan kita serta mengukuhkan kehidupan kita.

Baguslah gerai ini. Thumb Up. Automatiknya hidayah meminta kebenaran dr kawan2 untuk menyimpan risalah itu. (^_^). Ini blh dikatakan satu cara yang bagus untuk menyedarkan dan memberi nasihat kepada semua orang tapi sedihnya jika orang yang dapat risalah seperti ini dan membuangnya ke dalam tong sampah.


Monday 8 October 2012

Ukir inai di tangan. Apa hukumnya ya?

Situasi 1
A: Eehhh, cantikknye, bt kt mne ni?
B: Hehehe, cantikk ker, biase je la...hehehe
A: Eh,btol.. cantikk ni, berapa harganya ni?
B: Murah jer, sebelah RM5 jer,
A: Teringin la, nk buat jugak la klu mcm tu.

Situasi 2
A: K, sy nk tnya ni,boleh ker kalau kita bt mcm dorg tu?
K: Boleh, asalkan bukan spt Tatoo, awan larat xpe, bunga2 xpe,
A: Oh,yeke? mcm tu ea? sy pn teringin la nk buat, Tp hr tu asenye sy ade dgr ustaz ckp xblh.
K: Eh, boleh.. Ustz D ckp blh jer klu nk bt asalkn smpai kt pergelangan tgn jer sbbnya wktu mereka kwin hr tu,wife dia pn bt.
A: Ooo... hehe klu mcm tu blh la bt yer.. (tersenyum lebar...)

Situasi 3
Zaujah : Hubby, honey nk tnya ni, blh x klu honey nk bt mcm kwn honey tu? Murah jer,
Zauji    : Tak boleh,jgn nk mengada2 yer.
Zaujah: Ala, xboleh ker? 
Zauji  : Xboleh, haram. Bukan hubby sesaja xbg. Xperlulah bt semua tu. Klu nk pkai gelang xpe. Honey,dgr sni, klu honey nk pkai inai mcm yg sebelum2 ni blh jer..just pkai hujung jari, tp klu nk pkai yg berukir bagai tu xblh, haram. Zauji sayang zaujah.
Zaujah: oo..maafkan zaujah, syukron Zauji. (^_^)



Dari Ibnu Umar r.a katanya:

"Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]


Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:
"Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]



Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."



 ni link ceramah dr Ustaz Azhar yang menerangkan tentang hukum pemakaian inai



So, erm.. skrg hidayah dh dpt jwpnnya. Pakai inai ukir2 ditangan menyerupai hindu tu xboleh. Haram hukumnya. Jadi,mana2 kwn2 hidayah yg dh pakai tu,cubelah hilangknya,yang bru nak pakai, n yg ada niat nk pakai tu lupakan jela yer. Sharing is Caring, Caring is LOving... (^_^)






Sunday 7 October 2012

Ujian itu Indah

Assalamualaikum...
Sudah lama hidayah x update blog. Maaf la yer... ke"busy"an melanda diri sehingga xsmpat nk hapdet blog. hohoho ( kwn hidayah ckp,kalau hidayah ketawa mcm ni sebijik mcm Pakcik Santa Claus..hehehe). Hidayah ni bukan lah seorang yang sgt skema. Kekadang blh jugak melawak sesama kgkwan. hehehe... peaceee no war. Hidayah sebenarnya dh byk dh typing nukilan yg hidayah nk share ngn kwn2 semua, tapi belum sempat hidayah share hard disk laptop hidayah pulak rosak. Sedih tu mmg la sedih, 2 semester punyer note, gambar, video, lagu, n semua coretan hidayah hilang. Tapi hidayah fikir, mungkin ada hikmahnya di sebalik semua tu. Sayang tu mmg la sayang, airmata pun hampir terkeluar bila tgk xde ape yg tggl lam laptop nie. (nasib baik sempat cover,klu x mmg dh menangis depan akak yg format laptop nie...huhuhuhu). Mungkin Allah nk hidayah sematkan semua kenangan tu dalam sanubari hidayah je kot. (^_^) ...husnul zon, sentiasa bersangka baik. Xpe la kan, setiap yang terjadi itu sebenarnyaujian buat kita. kata2 nie menjadi sumber motivasi utk hidayah.
 Urusan  orang-orang beriman semuanya mengkagumkan..,
Semua perkara adalah baik untuknya..,
Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur.., maka itu baik untuknya..,
Dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar.., maka itu baik untuknya..,
-Riwayat Muslim-

Jom kawan2.. kita audit diri kita. Apabila kita ditimpa kesusahan adakah kita dapat menerimanya, atau kita bersedih dengan nya???