Thursday 22 December 2011

Koleksi Doa

Tidak lama lagi hidayah akan menghadapi peperiksaan akhir semester,hidayah juga percaya ramai di antara kawan-kawan juga begitu. Selain usaha,doa dan tawakal juga penting bagi kita sebagai seorang muslim. Pengertian doa, apa itu doa? adakah kita semua sudah tahu apa itu doa sebenarnya?
Jom,kita semak sama-sama,
definisi doa = doa adalah memohon atau meminta sesuatu yang bersifat baik daripada Allah SWT seperti meminta keafiatan di dunia dan akhirat,rezeki yang halal,di murahkan rezeki dan sebagainya.

Tujuan kita berdoa ialah

  • memohon hidup selalu berada di dalam lindungan dan bimbingan Ilahi,
  • memohon agar keselamatan di dunia dan akhirat terjaga,
  •  untuk melahirkan rasa syukur kepada Ilahi,
  • untuk minta perlindungan Allah SWT dari pada Syaitan yang direjam,
  • serta untuk meminta apa juga hajat-hajat yang kita inginkan
waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT

  • ketika selesai solat @ di dalam sujud yang terakhir
  • setelah selesai membaca al Quran
  • pada waktu tengah malam atau selepas menunaikan solat tahajud
  • senggang masa diantara 2 khutbah jumaat
  • setelah menunaikan ibadat haji
  • setelah berpuasa wajid atau sunat
Adab adab atau tata cara berdoa

  • berada di dalam keadaan bersih (kerana Allah sangat menyukai hambaNya yang mementingkan kebersihan)
  • mengadap kiblat atau kaabah
  • sebelum berdoa,bacalah Basmalah,Istighfar dan bertahmid. Kemudian diikuti selawat keatas Nabi Muhammad SAW,keluarga dan para sahabatnya.
  • mengangkat kedua telapak tangan sebelum berdoa dan mengusap ke muka dengan telapak tangan setelah berdoa
  • melembutkan suara ketika berdoa
  • khusyuk,ikhlas dan bertawakal
  • berharapkan agar Allah memperkenankan doa
  • doa boleh di ulang- ulang untuk menunjukkn kesungguhan kita dalam berdoa,
  • berdoa tentang perkara-perkara yang baik sahaja,
  • setelah berdoa,tutup doa dengan selawat keatas Nabi Muhammad SAW dan puji pujian kepada Allah SWT
dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kepada -Ku nescaya Aku akan memperkenankan permohonan kamu". ( surah Ghafir :60)
Rasulullah juga pernah bersabda " berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin ia akan dimakbulkan. ketahuilah bahawa Allah tidak menunaikan doa (orang yang ) hatinya lalai dan alpa"

Di sini,hidayah sertakan serba sedikit doa yang biasa hidayah baca dan amalkan bila menjelang peperiksaan.

 " Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan Pemelihara sekalian alam. Ya Allah,berikanlah kesejahteraan dan juga keselamatan ke atas nabi Muhammad,keluarga serta sahabat baginda."

"Wahai Tuhanku,lapangkanlah bagiku,dadaku. dan permudahkanlah bagiku segala urusanku. Dan bukankanlah simpulan daripada lidahku agar mereka faham perkataanku" (surah Taha 25-28)

" Ya Allah,tambahkanlah kepada ku ilmu dan berikanlah aku kefahaman dan pengertian yang baik"

" Ya Allah,jadikanlah aku sebahagian daripada hamba-hambaMU yang memdapat pencapai yang hebat daripada cahaya yang engkau berikan,dan rahmat yang Engkau sebarkan dan rezeki yang Engkau berikan dan kemudaratan yang Engkau hindarkan dan bencana yang Engkau angkat (daripada menimpa hambaMu) dan fitnah yang Engkau jauhkannya,keburukna Yang Engkau angkatnya"
Amin Ya Rabbal alamin

Semoga doa-doa ini mampu menjadi amalan dalam kehidupan kita seharian.

at taa'ruf

 Assalamualaikum..wbt..ahlan wa sahlan...lailatukum saii'datun... :) 
Salam perkenalan hidayah ucapkan kepada wb sekalian, ini entry hidayah yang pertama. 
Jadi adalah lebih manis sekiranya  hidayah bt entry ini sebagai taa'ruf, untuk mengenalkan siapakah insan kerdil a.k.a pemilik blog  Mencari Damai di Hati ini. Ada serba sedikit yang ingin hidayah kongsikan, nama diberi ialah Siti Nor Hidayah Binti Hj Mohd Jaafarhidayah dilahirkan pada tanggal 23 september 1989,hidayah di lahirkan di dungun,Terengganu. Orang trganu kiter ea... :) . Suke makang kepok lekor,rindu ngat ar ke air laut cina selatan orh...hehehe...
Hidayah merupakan anak ketiga daripada 6 orang adik beradik, Mendapat pendidikan awal di tabika FK4,sekolah agama rakyat dan SKFK1,memasuki alam remaja hidayah meneruskan persekolahan di SMKKJ atau lebih dikenali dengan Sejaya dan SMKDMAS,kini hidayah masih lagi menuntut di sebuah IPTA yang berada nun jauh di utara tanah air. Sekarang pengajian hidayah sudah memasuki tahun 3. Cabaran dan dugaan dalam menuntut ilmu yang mencetuskan idea untuk hidayah menulis blog Mencari Damai di Hati
Tujuan hidayah membuka akaun blog & menjadi salah seorang blogger ini adalah tidak lain dan tidak bukan,hanya kerana Ilahi. Kita sering leka dan lalai dalam mengejar matlamat hidup di dunia ini sehinggakan kita melupakan tujuan sebenar hidup kita ini. Hidayah ingin mengingatkan dan berpesan kepada diri sendiri serta rakan-rakan sekalian supaya kita tahu dan mengenal erti hidup kita yang sebenarnya. Jika terdapat sebarang komen atau nasihat ataupun apa apa jua pertanyaan bolehlah melalui email hidayahjaafar23@gmail.com  .Hidayah berharap semoga semuanya dipermudahkan Ilahi dalam meniti arus kehidupan dan menjejak syurga yang abadi. Yang buruk datangnya dari hidayah sendiri dan segalanya yang baik datang dari Allah SWT. Hidayah rasa sampai sini dahulu untuk at taa'ruf kita untuk sekian kali, tata... ilalliqa' ....