Friday 18 May 2012

Pesona Cinta


Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik2 yang berlalu,.
Dari sekadar impian yang kaku
Jiwa terpaut menyaksikan
Seribu perngorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Megharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
rupanya tak ke hujung
c/o Lilin yg menyala membakar dirinya.
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja
Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifat nya
Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati lamarlah belas simpati.
Kesucian cinta ikhlas tak diundang
Peliharalah...


Sabda Rasulullah s.a.w dari anas r.a: “ ada tiga perkara, barang siapa ynag tiga perkara itu ada dalam diri seseorang,maka orang itu akan dapat merasakan manisnya keimanan iaitu ;
 1) jikalau Allah dan RasulNya lebih dicintai dari selain dari keduanya,
2) jikalau seseorang itu mencintai orang lain dan tidak ada sebab kecintaannya itu melainkan kerana Allah, dan
3) jikalau seseorang itu membenci untuk kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah dari kekafiran itu, sebagaimana bencinya ia kalau dilemparkan ke dalam api neraka.