Sunday 15 June 2014

ALLAH knows Better. Kita? Apa yg kita tahu?

Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh.
Salam sayang dari hidayah. :)

Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad wa a'la alihi wasohbihi wabarik wasallim.
Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad wa a'la alihi wasohbihi wabarik wasallim.
Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad wa a'la alihi wasohbihi wabarik wasallim.

Alhamdulillah, teman2, rakan2, telah pun berselawat untuk hari ini. 
Sekian lama, hidayah meninggalkan blog. 
Al maklumla "busy"...( sibuk sibuk sibukkkk sangat...)
Sebenarnya, telah lebih dari sebulan "create" tajuk ini. 

Subhanallah, Allah knows better.
We? what actually we knows? 

Is it nothing? Hurm...

Apakan daya hanya tajuk je yang sempat di buat. 
Pengisiannya belum pun dapat di tulis. Ok.
Itu kisah sebulan yang lalu. 
Alhamdulillah, malam ini hidayah dapat cari sedikit masa terluang. 
Even, mood exam tengah membuak-buak sekarang. 
Lupakan seketika exam tersebut.
Meh kita hapdet blog dulu.

Allahurabbi, Maafkan hidayah. Panjang Sungguh intro-nya
Ok, back to our track.
Subhanallah, Allah Knows better. Yeah. He knows everythings.
Who'r not agree with this statement? Anyone??

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Sesungguhnya Maha Suci Allah, Baginya segala Puji dan Allah Maha Besar.
Allah lebih tahu yang mana terbaik buat diri kita. Ana tiada keraguan mengenainya.
Allah sebaik-baik perancangan.

Ini cerita ana yang ana ingin kongsikan. Selepas tamat pengajian diperingkat ijazah.
Ana sebenarnya tiada hala tuju. Maksud ana, ana tiada kerja dan tidak meminta kerja seperti yang dilakukan oleh rakan-rakan seperjuangan ana.
Tiada satu pun resume yang ana anta kepada syarikat2 atau agensi2 untuk memohon kerja.
Tiada satu.

Apa yang ada di dalam kepala ana. Ana ingin menebus apa yang telah berlaku pada degree lalu. Cerita itu tidak enak untuk dikenang apatah lagi untuk di ingati. Berendam airmata darah sekalipun ia takkan berubah. Tapi sebagai pengajaran, ia harus. Ana ingin sambung master. Itu azam ana. Saban hari. Cukup sebulan ana dirumah.

Satu petang, ana duduk-duduk dengan mama dan abah (ayah tiri). Bincang tentang perihal masa depan ana. Memandangkan telah sebulan ana di rumah. Mereka ingin tahu apa perancangan yang ana ingin lakukan.

Apa yang ana jawab, buat masa sekarang ana mau berehat dan lepas ini ana mohon benarkan ana untuk menyambung study. Alhamdulillah, apa yang ana utarakan disambut baik oleh kedua ibu bapa ana. Tapi ana tahu,jauh di sudut hati mama. Mama ingin sekali melihatku berkerja dan berjaya.

Maafkan ana mama, cuti sebulan seorang diri dirumah tatkala mama dan abah bekerja cukup membosankan ana walaupun semua kerja rumah ana buat. Setiap malam ana membelek buku sebelum tidur. Mama sering menjenguk ke bilik ana perempuannya yang sorang ini.

Tup2, ada satu malam mama bertanya, "awak nak sambung belajar lagi ke? awk xnak kerja dulu ker? saya ni dah tua dah. Dah tak mampu nak jaga awak nak tanggung awak belajar. Kalau boleh saya nak la awak pulak yang tanggung saya". Allahu, sebak terasa. Ana berpusing mengadap mama dan ana berterus terang dengan mama kenapa dan mengapakah sebenarnya ana ingin menyambung study. Mama senyum. (Ya Allah, berikanlah peluang untuk ana berbakti kepada kedua ibu bapa ana.Amiin)

Bermulalah episod kerja seketika. 3 bulan. Kerja sementara hilangkan bosan dan collect duit. Alhamdulillah, Allah knows better. Oleh kerana, ex-supervisor telah menghantar mesej yg ada unsur2 dan bau2 yg tidak menyenangkan. Ana meminta kebenaran mama untuk pergi mengambil fail2 internship. Alhamdulillah, who's know, rezeki itu ditangan Allah. Dengan kehadiran ana di kampus. Ana telah ditawarkan untuk menjadi RA (Research Assistant yg mana merupakan satu perkara yang ana sangat idam2kan) dan juga ditawarkan untuk hadir temuduga menyambung pelajaran.

Gembira bukan kepalang. Ana call mama dan ana call abg man (nnti ana cerita siapakah gerangan jejaka hebat ini) untuk menyatakan berita yang ana dapat. Alhamdulillah, mama merestui dan abg man menyokong. Cayalah. terbaikkkkk.  2 in 1.

"takdir kita ni Allah dah tentukan lama dah. walaupun, mungkin kita planning bermacam2 benda dan jauh berbeza daripada apa yg Allah susun. Percayalah Allah knows better."

Alhamdulillah, kini ana kembali bergelar seorang mahasiswa. Menuntut di kampus yang sama. Padahal selepas habis degreee dulu. Semua bersumpah dah taknak sambung di kampus itu but who knows? Allah dah tetapkan dah. Alhamdulillah, hubungan dengan ex-supervisor ana anggap ia semakin pulih. InsyaAllah.

Terima kasih Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ya Allah Ya Bari' Yang Maha Merancang.
Semoga berjaya menjadi human engineer yang berjaya, yang mampu merawat ummah. Allahumma amiin.

Terima kasih mama abah yang sanggup bayarkan yuran untuk achik.
Terima kasih mama abah yang dah banyak berkorban untuk achik.
Terima kasih mama abah sentiasa ada untuk menyokong achik.

With Love,

No comments:

Post a Comment