Saturday 17 March 2012

RomBonGan TerakHiR (untuk renungan bersama)

" Daripada Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "sesungguhnya aku benar- benar mengetahui bahawa ahli neraka yang terakhir masuk ke dalam syurga. Iaitu seorang yang keluar dari neraka dengan merangkak,lalu Allah berfirman : "pergilah,lalu masuklah ke dalam syurga" . Dia pun sampai ke gerbang syurga. Dia membayangkan bahawa syurga telah penuh,maka dia kembali seraya berkata : " wahai Tuhanku,aku mendapati syurga itu telah penuh." . "Pergilah,lalu masuklah ke dalam syurga." "Dia pun sampai di depan gerbang syurga. Dia membayangkan bahawa syurga sudah penuh,maka dia kembali seraya mengatakan :"wahai Tuhanku,aku mendapati syurga telah penuh". Allah berfirman: "pergilah lalu masuklah ke dalam syurga kerana kamu memperoleh semisal dunia dan 10 kali ganda atau kamu mendapat seumpamanya 10 kali dunia" . Dia bertanya : "Engkau mengejek ku atau mentertawakanku? sedangkan Engkau ialah Raja."

Abdullah melanjutkan : "aku melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga menampakan gigi gigi gerahamnya. itulah ahli syurga yang paling rendah darjatnya." (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
(dipetik daripada majalah Solusi :isu 41)

nau'zubillah, semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang terakhir untuk masuk ke dalam syurga dan juga bukan golongan seperti yang di dalam gambar di atas. Semoga redha dan rahmat ilahi sentiasa melindungi kita semua. Amin Ya Rabbal Alamin...

No comments:

Post a Comment