Thursday 22 December 2011

at taa'ruf

 Assalamualaikum..wbt..ahlan wa sahlan...lailatukum saii'datun... :) 
Salam perkenalan hidayah ucapkan kepada wb sekalian, ini entry hidayah yang pertama. 
Jadi adalah lebih manis sekiranya  hidayah bt entry ini sebagai taa'ruf, untuk mengenalkan siapakah insan kerdil a.k.a pemilik blog  Mencari Damai di Hati ini. Ada serba sedikit yang ingin hidayah kongsikan, nama diberi ialah Siti Nor Hidayah Binti Hj Mohd Jaafarhidayah dilahirkan pada tanggal 23 september 1989,hidayah di lahirkan di dungun,Terengganu. Orang trganu kiter ea... :) . Suke makang kepok lekor,rindu ngat ar ke air laut cina selatan orh...hehehe...
Hidayah merupakan anak ketiga daripada 6 orang adik beradik, Mendapat pendidikan awal di tabika FK4,sekolah agama rakyat dan SKFK1,memasuki alam remaja hidayah meneruskan persekolahan di SMKKJ atau lebih dikenali dengan Sejaya dan SMKDMAS,kini hidayah masih lagi menuntut di sebuah IPTA yang berada nun jauh di utara tanah air. Sekarang pengajian hidayah sudah memasuki tahun 3. Cabaran dan dugaan dalam menuntut ilmu yang mencetuskan idea untuk hidayah menulis blog Mencari Damai di Hati
Tujuan hidayah membuka akaun blog & menjadi salah seorang blogger ini adalah tidak lain dan tidak bukan,hanya kerana Ilahi. Kita sering leka dan lalai dalam mengejar matlamat hidup di dunia ini sehinggakan kita melupakan tujuan sebenar hidup kita ini. Hidayah ingin mengingatkan dan berpesan kepada diri sendiri serta rakan-rakan sekalian supaya kita tahu dan mengenal erti hidup kita yang sebenarnya. Jika terdapat sebarang komen atau nasihat ataupun apa apa jua pertanyaan bolehlah melalui email hidayahjaafar23@gmail.com  .Hidayah berharap semoga semuanya dipermudahkan Ilahi dalam meniti arus kehidupan dan menjejak syurga yang abadi. Yang buruk datangnya dari hidayah sendiri dan segalanya yang baik datang dari Allah SWT. Hidayah rasa sampai sini dahulu untuk at taa'ruf kita untuk sekian kali, tata... ilalliqa' ....  

No comments:

Post a Comment